Monday 20 May 2013

Undi dua kali : agak agak lah kalau nak menipu mamat weiii.........

Pemuda membuat laporan polis bahawa dia  berjaya melunturkan dakwat kekal dan berjaya melalui proses lain untuk membolehkan dia mengundi sekali lagi .

Dia juga berjaya mendapatkan kertas saluran dan akhirnya berjaya mendapatkan kertas undi sekali lagi dan memilih tidak mahu membuang undi dan menyimpan kertas undi berkenaan.

Sama ada  ada perkara yang dirancang berlaku untuk menjatuhkan kredibiliti SPR yang sedang berlaku atau pemuda ini sengaja mahu menipu kerana walaupun  dakwat boleh di lunturkan tidak mungkin nama nya tidak dipotong.

Apa bila dia  selesai memangkah calon yang dipilih pasti dia akan  membuang undi ke dalam kotak sambil diperhatikan oleh semua insan yang ada dalam bilik mengundi berkenaan. Tidak mungkin dia  boleh kepas dari memasukkan kertas undi dalam peti undi yang sudah tersedia.

Jika  benar yang berlaku itu terjadi bermakna zsemua orang dalam bilik peti mengundi sedang tidur lena dipukau atau  sengaja tidur (semua) waktu budak ini mengundi. Agak agak lah kalau nak menipu.... baca ini 



BAJU SOLAT JUMAAT YANG ORANG UMNO MARAH ????

KATA MEREKA ORANG UMNO TAKUT DENGAN FESYEN BAJU UNTUK  SOLAT JUMAAT. HUH..ORANG UMNO SEBENARNYA TIDAK TAKUT TAPI SEDIH KERANA PARTI PAS MEMPERBODOHKAN AHLI PAS  SEHINGGA MAHU SOLAT JUMAAT JUGA ADA  PERASAAN MAHU MENYAKITI HATI ORANG LAIN DAN PERASAAN RIAK KONONNYA PAKAI BAJU INI  DAPAT PAHALA YANG LEBIH KERANA INI LAH PAKAIAN YANG SEBENAR MENGADAP ALLAH SWT.  LAIN KALI AJA LAH.......

Sunday 19 May 2013

Tunku Aziz tak goyang sikit pun telurnya dengan ugutan Karpal Singh mahu menyaman nya.

Karpal Singh tersilap ugut, dia cuba ugut Tunku Aziz dengan saman mengharapkan Tunku Aziz tutup mulut dan berhenti dari mendedahkan rahsia jahat DAP dibalas dengan amaran kembali kepada karpal Singh.

Tuanku Aziz tidak akan menutup mulut malahan akan terus mendedahkan rahsia DAP mahu memusnahkan kerajaan Malaysia. Tuanku Aziz tanya Karpal tentang ISA jika dia suka sangat pasal Singapore .   Tunku Aziz bukan budak mentah yang boleh Karpal ugut.

DAP nak saman , saman lah dia tidak takut. Padan muka Karpal Singh. Tunku Aziz kata mereka telah menyerang , Polis , SPR dan juga institusi  Raja untuk menjadikan  negara ini  sebagai negara sosialis. Tunku Aziz tak akan biarkan ini berlaku. Syabas Tunku dan terus dedahkan. 

Rakuat perlu faham dan perlu mengambil iktibar dari apa yang di dedahkan oleh tuanku Aziz. Beliau bukan mencari pubisiti tetapi mahu menyelamatkan negara kita dari menjadi negara sosialis.


Anwar Terus mengelupur di Seremban. Kasian dia !!


anwar-seremban3xx
Masuk himpunan Blackout 505 yang kelima di Seremban Jumaat malam ada kalangan hadirin yang kedengaran berbisik sesama mereka kesian tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus meroyan hendak juga jadi Perdana Menteri.

Sudah la tu...gandingan setianya sepanjang himpunan ini ialah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.
Kebetulan kedua mereka ada kes dakwaan melibatkan moral.Satu dengan kes video China Doll dan satu lagi sembang syahdu dan berahi dengan isteri orang di telefon.

Ibarat macam orang yang tak lepas gian,kedua mereka tidak lekang perkataan ' tipu..tipu' semasa berucap membakar semangat penyokong yang terkinja-kinja telan cakap seolah pakatan yang sebenarnya menang PRU13.

Kumpulan hadirin yang rasanya orang biasa yang suka-suka datang tengok himpunan itu juga kedengaran berbisik kata muka tak malu betul melalak begitu sedangkan kes sendiri pun belum beres.

Mereka yang mengikuti setiap himpunan ini dari Kelana Jaya ke Batu Kawan, Ipoh,Kuantan dan Seremban mendengar tema mereka melalak hal yang sama saja.

Soal undi popular terus dijadikan pancing untuk menghasut hadirin naik sheikh.
Seronoknya Anwar dan Mat Sabu terus menerus berlagak bodoh macam tak tahu sangat undi popular bukan jadi penentu kemenangan dalam sistem pilihanraya Malaysia.

Namun apa nak buat,hadirin sendiri memang seronok mendengar dendangan lagu itu.
Hebat...Anwar gertak nak settle juga dakwaan tipu...tipu ini dalam tempoh penggal ini  dan tak mau tunggu hingga pilihanraya umum ke 14.

Dia juga melalak Malaysia kini boleh digelar 'Banglashia'. Ini merujuk kepada dakwaan pembangkang kononnya ribuan orang Bangla yang mengundi.

Kalau sudah sebut 'Banglashia' jumlahnya mestilah capai ratusan ribu orang Bangla yang mengundi.

Sedangkan cuba tanya di serata negara mereka yang keluar mengundi pada 5 Mei ada nampak berderet-deret orang Bangla beratur nak mengundi.

Bodoh sangat ke pegawai SPR dan pemerhati parti masing-masing tidak kenal Mat Bangla kalau sudah seramai itu.

Berapa lori yang polis cekup hari itu di pusat-pusat mengundi?
Sampai hari ini pembangkang tidak boleh bawa bukti kukuh adanya Mat Bangla seramai itu yang mengundi.

Yang ada seorang dua di sana sini yang ikut ceritanya mungkin dibawa sendiri oleh budak-budak pembangkang untuk 'berlakon' di pusat-pusat mengundi.

Kata orang buat riuh sikit konon ada Mat Bangla nak datang mengundi,ambil gambar video..itu untuk dijadikan konon bukti.

Kalaupun satu dua itu betul...mana dia yang ratusan ribu Mat Bangla sampai nama Malaysia boleh ditukar jadi 'Banglashia'.

Bab main sentimen ini memang boleh serah pada Anwar dan Mat Sabu.

Tapi sendiri punya kes video dan sendiri punya kes rakaman suara apa cerita?
Dengar cerita ada kalangan budak-budak pembangkang sendiri yang dok gelak tengok gelagat dari satu himpunan ke satu himpunan ini.

Bagi mereka kalau memang ada bukti kukuh,Anwar sudah awal-awal terpacak di SPR nak buat petisyen.

Bukan satu atau dua tapi Rafizi Ramli dakwa di 27 kawasan parlimen berlaku penipuan.
Anwar sebelum ini main hentam tuduh 30 kawasan.

Apa nak hairan ketua pembangkang ini dikatakan cukup obses dengan angka 30.
Ingat balik kelentongnya pasal 16 September konon ada 30 Ahli Parlimen BN nak melompat selepas PRU 2008 dulu.

Selepas itu habuk pun tarak...namun Anwar terus buat muka seposen macam tak ada hal.
Sama juga kata konon nak bertanding di Perak masa PRU13...selepas itu korner balik ke Permatang Pauh...juga buat muka seposen macam tak ada hal.

Dulu kata kalah kalah PRU13...nak bersara jadi pensyarah di luar negara.

Kini alasan diguna dakwa pakatan sebenarnya menang...jadi tak boleh bersara.
Sebab itu kita boleh faham kalau ada kalangan hadirin di himpunan-himpunan ini yang kedengaran kata 'kesian dia'.

Bukan senang nak tutup malu selepas cakap besar konon Putrajaya dalam tangan

sumber agendadaily.

Saturday 18 May 2013

Afiq Muiz apa saja kau buat - ingat ini syurga di telapak kaki ibu

yang ko cerita , yang ko burukkan , yang Girl Freind ko burukkan itu ibu ko...... ko jangan nangis macam pondan sebaiknya ko jangan panjangkan perkara ini dalam media... ko tahu tak betapa dosanya ko bila ko bermusuh dgn ibu ko tak kira lah apa sekali alasan ko. Ko igt pompuan tuh b aik ke  bila sanggup cerita pasal ibu ko pada orang ramai. Dulu dia kata ada  dato' nak rogol dia lah. hah kalau dah ............ ah apa apa lah itu hak ko tapi , ko jangan  buat ibu ko sebagai musuh lah bodoh. Syurga di bawah telapak kaki ibu buka n dibawah telapak kaki gf ko atau pun mak gf ko.

HARAKAH MALAYSIA KINI BERBEZA JUMLAH HADIR PERHIMPUNAN SEREMBAN : KEDUA DUA NYA MENIPU.


Tak habis habis nak menipu diorang ini. Harakah tulis 50 ribu, Malaysiakini tulis 30 ribu , jauh bezanya 20 ribu sedangkan tempat yang mereka berhimpun ini hanya boleh memuatkan dalam 10ribu orang saja dan yang hadir pada malam itu hanya 7 ribu orang saja.

Gambar seperti  biasalah , kalau boleh atas  bumbung atas syiling pun penuh dengan orang. Yang hadir selaku VVIP pada malam itu di Seremban adalah Salahudin Ayub yang berangan   mahu menjadi Menteri Besar. Biasalah orang PAS ini kuat berangan dan perasan, Konon jura dan hero di Johor, melingkup kedua dua kerusi yang dipertandingkan. Orang Orang yang tidka ada kelas macam ini boleh lah naik pentas bersama Anwar Ibrahim, kalah kan...... samalah macam Mat Sabu , Kononnya nak jadi hero keling. Kena dengan Othman Abudul tak cukup tanah dia cium.

Selain dari Salahuddin , Wan Azizah dan Anthony Loke. Orang lain tak mau datang sudah , semua suidah bosan , Ada yang sudha pakai T Shirt , sudah kalah kalah lah. Lain Kali lah.....

Tertangkapnya  Nik Najmi dan juga Adam Adli barulah menampakkan Malayidsa punya undang undang. Iniu yang kini membuat Anwar tidak boleh lelap mata. Maklumlah penganas Malaysia ini bukan hebat mana pun. Kena water cannon pun menangis. Inikan nak kena tahan , Mewreka semua ada kerja dengan kerajaan Malaysia. Kerja elok elok pula tu. Bukan  macam di Indonesia yang pergi merusuh semua yang tidak ada kerja dan bila balik rumah anak menangis tak menyusu. Mereka ini semua mewah mewah , tak mungkin dorang mahu tidur lokap walaupun semalam. 

Anwar kjini makin tertekan dan dia kana berjuang sorang sorang selepas ini. tenguk lah...

TB.

Tahan Adam Adli : Polis beri amaran jangan timbul kekecohan - Tabik Zahid Hamidi !!

< Adam Adli Abdul Halim
SHAH ALAM - Beberapa kumpulan aktivis pelajar merancang untuk mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.

Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.

Mohmad juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada negara.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan pecah keamanan dan mencetuskan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 6.30 petang, hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang turut melahirkan reaksi tidak puas hati dengan tindakan yang dikenankan terhadap aktivis tersebut.

"... aktivis pelajar Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan di Bangsar sebentar tadi. Zahid tunjuk taring?," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dipetik di laman Twitternya.

Rakan seperjuangannya N.surendran turut melahirkan perasaan sama ekoran penahanan Adli.

"Kejam," katanya apabila mengetahui perkara itu yang disebarkan melalui media.