Seremban : 9 Mei : Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan kekal sebagai menteri besar Negeri Sembilan dan akan mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Alamrhum Tuanku Munawir Sabtu ini (11 Mei : jam 10 Pagi)
Beliau yang telah mengadap baginda Tuanku pagi tadi di Istana Besar Seri Menanti setelah mendapat watikah dari Perdana Menteri untuk sekali lagi memimpin kerajaan Negeri Sembilan.
Beliau juga akan melantik Exco Kerajaan Negeri Sembilan selepas majlis mengangkat sumpah.
Menurut beliau lagi , walaupun tiada wakil dari kaum Cina , kerajaan negeri tidak akan meminggirkan mereka walaupun calon MCA tewas di kawasan majoriti rakyat berbangsa Cina, jelas beliau dalam satu sidang akhbar di Kelana Resort sebentar tadi.
Beliau akan terus melaksanakan dasar terbuka yang sedia ada dan akan meneruskan agenda pembangunan negeri dan pertingkatkan produktiviti Negeri Sembilan untuk menarik pelabur melabur di negeri ini.
Beliau juga menyeru agar semua rakyat kembali bersatu selepas PRU13 ini dan lupakan segala yang menguriskan hati ketika berkempen dalam PRU 13 yang lalu.
No comments:
Post a Comment